BY CONTINUING TO USE THIS SITE, YOU ARE AGREEING TO OUR USE OF COOKIES. REVIEW OUR PRIVACY & COOKIE NOTICE
X

PAKAH MAKLUMAT PENGENALAN PERIBADI [PERSONALLY IDENTIFIABLE INFORMATION (“PII”)] ANDA YANG DIAMBIL OLEH PERISIKAN PASARAN S&P GLOBAL [S&P GLOBAL MARKET INTELLIGENCE ("SPGMI")]?

Beberapa maklumat hubungan yang anda berikan kepada kami mungkin dianggap PII di bawah undang-undang privasi data yang berkenaan. Maklumat ini mungkin merangkumi: nama anda, jawatan dan organisasi, alamat, nombor telefon, nombor fax, dan alamat e-mel. 

MENGAPA SPGMI  MENGAMBIL PII?

Bagi tujuan memproses transaksi anda, mengekalkan akaun anda, memastikan pematuhan anda kepadaSyarat Penggunaan kami, dan memberi maklum balas kepada persoalan anda.

Bagi tujuan menyediakan maklumat tentang perkhidmatan dan produk untuk anda yang kami percaya mungkin menarik minat anda, yang ditawarkan oleh SPGMI dan bahagian lain syarikat induk kami, S&P Global Inc. 

BAGAIMANA SPGMI BERKONGSI PII ANDA?

  • Berkongsi dengan para pembekal kami untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami;
  • Berkongsi dengan bahagian S&P Global Inc. lain yang memberikan perkhidmatan dan produk yang mungkin menarik minat anda;
  • Berkemungkinan sejajar dengan jualan atau pindahan serupa oleh sesebuah perniagaan; dan
  • Apabila diarahkan undang-undang atau bagi tujuan undang-undang yang lain.

PII anda berkemungkinan dikongsi di luar dari negara PII diambil, di mana sahaja di dunia yang ada kaitan dengan tujuan perniagaan yang sah.

KESELAMATAN

Kami menyediakan perlindungan dan menggunakan kaedah keselamatan yang sesuai untuk melindungi PII anda daripada penggunaan dan akses yang tidak dibenarkan. PII anda mungkin disimpan di tempat yang selamat di A.S., atau di dalam wilayah yang berada di luar kawasan anda, dan akses adalah terhad kepada individu yang dibenarkan.

DAFTAR PROTOKOL INTERNET [INTERNET PROTOCOL (IP)]

Semasa anda melawat laman kami, pelayan kami mendaftar dan merekod alamat IP anda secara automatik. Kami menggunakan data daftar untuk memantau penggunaan laman dan perkhidmatan kami. Kami tidak menghubungkan alamat IP anda dengan sebarang PII untuk mengenali anda secara peribadi, kecuali dalam kes pelanggaran Syarat Penggunaan.

PENGGUNAAN KUKI

Sila ambil perhatian, anda memberi kebenaran untuk penggunaan kuki seperti yang diterangkan di bawah apabila menggunakan laman ini.

SPGMI atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami menggunakan kuki (atau teknologi pengesan lain yang tidak diketahui yang mengambil maklumat pengenalan peribadi) semasa anda melawat laman web kami. "Kuki" ialah fail teks kecil yang diletakkan di dalam komputer atau peranti anda, yang membantu laman web kami berfungsi dengan lebih baik. Kami menggunakan jenis kuki berikut untuk laman web ini:

Kuki yang "Hanya betul-betul perlu" (“Strictly necessary”), yang perlu ditetapkan untuk membenarkan kami menyediakan laman ini untuk anda dan memberi perkhidmatan khusus yang anda minta daripada kami. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman ini yang memerlukan kuki supaya berfungsi termasuk: 

  • daftar masuk akaun
  • bakul belian/kedai dalam talian
  • • bil
  • komen/sisipan blog

“Kuki "Prestasi" ("Performance") atau "Analisis" ("Analytics"), yang membantu kami untuk mengambil maklumat tentang cara pelawat menggunakan laman kami, dan membantu kami dalam analisis dan penambahbaikan laman.

Kuki "Fungsian" ("Functionality"), yang membenarkan laman kami untuk mengingati pilihan atau keutamaan anda, seperti maklumat pada borang dalam talian atau pesanan sebelum ini. Kuki ini membenarkan kami untuk menawarkan anda pengalaman peribadi semasa menggunakan laman ini. Kuki ini tidak digunakan untuk mengesan aktiviti pelayaran anda di laman web lain.

Beberapa pengiklan mungkin memasang kuki yang membolehkan mereka untuk mengambil maklumat tentang lawatan dalam talian anda. Mereka memasang kuki ini untuk memaparkan iklan yang bersesuaian dengan produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Kami tidak dapat mengawal penggunaan kuki oleh pengiklan dan tidak mempunyai akses kepada sebarang kuki yang mungkin mereka pasang. 

Anda boleh mengubah keutamaan Internet pelayar web anda untuk menghentikan atau membuang kuki, namun begitu ia akan memberi kesan kepada beberapa fungsi dalam laman ini. Sila ikut arahan yang disediakan dalam pelayar khusus anda untuk mempelajari cara mengurus kuki anda, atau ikut pautan di bawah:

Internet Explorer
Firefox
Google
Safari
Opera

Sehingga protokol "Jangan Kesan" ("Do Not Track") diputuskan, amalan pengambilan dan pendedahan maklumat dalam laman web ini dan pilihan yang disediakan kepada pelanggan akan terus beroperasi seperti yang diterangkan dalam Kenyataan Privasi dan Kuki. Ia akan berlaku, sama ada isyarat "Jangan Kesan" ("Do Not Track") diterima atau tidak. 

Jika anda melawat laman ini menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet, sila rujuk arahan pengeluar tentang cara mengurus kuki.

APLIKASI MUDAH ALIH

Aplikasi mudah alih kami memperolehi maklumat yang anda berikan semasa anda memuat turun aplikasi ini. Maklumat itu mungkin termasuk nama anda, alamat e-mel, nama pengguna, dan kata laluan. Tambahan lagi, aplikasi mungkin mengambil beberapa maklumat secara automatik, seperti jenis peranti mudah alih yang anda gunakan, ID unik peranti anda dan alamat IP, sistem operasi mudah alih anda, jenis pelayar yang anda gunakan, dan maklumat tentang lokasi peranti mudah alih anda. Anda boleh menghentikan semua pengambilan maklumat oleh aplikasi ini dengan menyahpasang aplikasi. 

SOALAN DAN KEBIMBANGAN

Bagi menyemak dan mengesahkan ketepatan PII anda, atau untuk menghubungi kami dengan soalan dan kebimbangan anda, sila tulis kepada: privacy@spglobal.com atau Ketua Privasi Global, S&P Global Inc., 55 Water Street, New York, NY 10041.

Kemas kini terakhir: April 2016. Kemas kini pada masa hadapan kepada Kenyataan Privasi dan Kuki akan dihantar ke lokasi ini.